Monday, April 26, 2004

fikrah manusia memang suka menukar selera dan mencuba sesuatu yg baru..kadang-kadang langkah ini memberikan kebahagiaan dan kadang-kadang memberikan kesengsaraan. kebahagiaan n kesengsaraan itulah yg menghasilkan pengalaman. pengalaman akan menjadi cahaya dalam hidup manusia utk meneruskan kewujudannya..ayat-ayat al-quran banyak menuntut manusia supaya menoleh kebelakang memerhati kehidupan umat yg terdahulu supaya arah hidup manusia terus maju..melangkahlah manusia dari satu zaman ke satu zaman..mencuba sesutu yg baru atau mengulangi kesilapan terdahulu..namun bagi seorang muslim, tidak wajar disengat dua kali dalam satu lubang sebagaimana pesanan kekasih kita, muhammad saw..anehnya bukan dua kali..malah berkali-kali bahkan sudah lali..mengapa ini berlaku? sama-sama kita mencari jawapannya..
naluri manusia..sentiasa leka n terlupa..al-insaan..nasiya..hampir sekali.. namun, kita diberi ruang utk berubah..selagi nyawa dikandung badan..peluang masih terbuka..ruang keinsafan masih ada..hanya kita yg tidak mencuba..sering kalah dgn nafsu sendiri..sering tewas dgn bayangan semalam....
setiap manusia melakukan kesilapan..kita bukan nabi....suatu noktah yg kita perlu akur..bukan mudah utk berubah..kesemuanya perlukan motivasi n pengalaman tersalah....sekadar angan-angan n harapan tidak menjamin apa-apa..
utk akhawat walau dimana anda berada..usu bersamamu dlm melakukan perubahan..semoga kita semua akan sentiasa dalam nikmat iman ni islam..n moga hati kita sentiasa ingat n takut pd yg ESA...

datang bukan sekadar untuk diajar..
tp juga utk mengajar..
betapa mahal harganya beroleh hidayah..
betapa murah akhlak yg dibenci..
kadang-kadang tergadai dengan kesabaran..
dikala itu papa dgn keluhuran..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:10 PM

************************

Friday, April 23, 2004

kedatanganNya menyesakkan kita..
teruskan perjuangan ..
n terus bekorban demi menegakkan Islam...

perjalanan ini..
yg kadangkala goyah..
tertatih-tatih..meniti jalan..
sesekali terjatuh..merangkak..
lalu bangkit perlahan....

perjalanan ini..
perlukan teman..
berpimpinan tangan..
bersandar di titian harapan...

perjalanan ini..
melalui lorong berliku..
perlu mujahadah..
perlu bekorban..
perlu segalanya..
perlunya bersedia..jiwa n raga..

teman..
hari esok..
kita kan berjumpa lagi..
kitakan ketemu sekian kali..
kita kan mengulang kembali..
ukiran sejarah kita..
dalam lakaran kehidupan..

kerna kita teman..
ada nostalgia tersendiri..
terima kasih buatmu..
atas ukhuwwah ini..
moga kita kan bersama...
disana..
jannatul Firdausi..
doakanlah..teman..


buat akhawat semua...;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:14 AM

************************

Monday, April 19, 2004


JANJI!!!!!


Janji yang saling ditepati, itulah perjanjian yang telah diiltizamkan oleh para duah, mereka tidak akan menyendiri dan memisahkan diri daripada saudara mereka yang lain .
Mereka telah mengiklankan janji-janji mereka sejak langkah pertama:

Genggam dalam genggaman,
Maka saksikanlah janji kami,
Tetap dalam barisan,
kemenangan dan kekalahan.


akhlak dan kesucian hati yang akan didahulukan sebelum melihat kepada syarat-syarat keilmuan dan kepakaran mengurus. Ketaatan sekelian duah terdahulu kepada pimpinan mereka adalah mengambil kira kesucian hati pemimpin mereka sebelum mereka bertanya mengenai pengalamannya dalam pentadbiran. Seorang penyair berkata:

Tenanglah duah kepada pimpinan yang sejahtera,
suci hati dan berakhlak mulia.
Diberikan kepadanya sekukuh hati ketaatan,
sebelum digenggamkan perjanjian yang kukuh.


Berkata syair:
Sesungguhnya duah mendidik kamu dengan fikrah
Melalui mereka Timur dan Barat mendapat hidayah.
Dalam perberadaban mereka, lahirnya generasi.
Alangkah besarnya nikmat umurmu dengan didikan mereka.


" Tentera yang tidak mepunyai kerja pandai melakukan huru-hara".

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:22 AM

************************

AZA, 18/4/2004 - Massej Online - Pemimpin karismatik Hamas yang semenjak sekian lama menjadi sasaran Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang mengebom kenderaan yang mereka naiki dengan dua buah peluru perpandu.

Dr. Jam'ah Saqo, Pengarah Hospital As-Syifa menyatakan, Dr. Abdul Aziz Rantisi gugur syahid akibat kecederaan serius di bahagian dada dan lehernya. Di samping beliau, tiga lagi warga Palestin yang lain gugur syahid. Ketiga-tiga orang mangsa itu ialah Akram Nassar (ajudan), Muhammad Abu Namus dan sseorang lagi yang belum diketahui identitinya
................................................

ana tak mahu komen panjang..yahudi semakin mengganas n orang islam tak mampu berbuat apa-apa selagi tidak tertegaknya khilafah..dunia arab hanya melenting..tanpa mampu mengotakan janji n tindakan tertentu,
arus Islam dikecewakan dengan ketertutupan sesetengah kerajaan yang sentiasa tidak menghormati hak-hak asasi manusia dan kebebasan, yang menghalang kebebasan dakwah, menceroboh hak-hak Allah, memencenkan syariat daripada berfungsi dan menutup telinga daripada mendengar sebarang nasihat, antara jihad yg boleh dilakukan ialah jihad perkataan yang merupakan jihad besar sebagaimana dianjurkan oleh al-Quran (al-Furqan: 52) yang bermaksud: Dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran bagi menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
jihad yang paling afdhal ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.umat islam hari ini sangat ramai..tapi sayang..terkena satu penyakit, penyakit para umat iaitu perpecahan, yang paling pedih pada hari ini ialah negara rantau yang sepatutnya kita mencurahkan seluruh tenaga kita agar negara-negara ini membuka pintu masing-masing kepada saudaranya, bukan kepada para musuh mereka!

Berbalik pada tugas asasi kita dakwah ilallah n tarbiyyah + mereka yg tgh study--tambah satu lagi ---study!
jadi 1) dakwah 2) tarbiyyah 3) study tolong yea student2 semua , kalau agenda hidup anda lari dr 3 ini.-->sila tinggalkan ;-)
Dakwah ilaLlah bermaksud seruan yang hanya menyeru kepada Allah; menyerah diri kepadaNya semata-mata dengan mentaatiNya. Dakwah ilaLlah tidak menyeru manusia kepada aliran tertentu atau kumpulan tertentu. Pendakwah yang sentiasa taqarrub kepada Allah hanya mengajak dirinya dan orang lain mentauhidkan Allah serta melaksanakan perintahNya.
Dakwah juga hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Pendakwah adalah penganjur perpaduan, bukan penganjur perpecahan. Hati yang ikhlas akan terpanggil dengan seruan yang berasaskan kasih sayang. Sebaliknya dakwah yang berasaskan benci membenci akan menjauhkan manusia daripada pendakwah
Teringat kisah air mata naqib..n teringat jua penulisnya menyebut kata-kata imam syafie... Kemerdekaan ialah sesiapa yang menghargai kasih sayang walau sejenak atau berintimak bersama mereka yang pernah mengajarkannya walaupun satu lafaz.
Kumpulan dakwah ini--telah lama mengajar kamu erti kasih sayang dan mengajar kepada kamu keseluruhan lafaz bukan hanya satu lafaz. Maka sekiranya kamu seorang yang merdeka maka hargailah kasih sayangnya, ikhlaskanlah dirimu untuknya, jauhilah ia daripada fitnah yang sentiasa mengintainya..
Dari itu, tidak seorangpun daei yang thabat di jalan dakwah, bertambah usaha dan itsar melainkan disebabkan oleh sempurnanya erti kemerdekaan, erti kesetiaan , sentiasa menghargai kasih sayang jamaah dan intimak sebagaimana yang diisyaratkan oleh imam al-Syafie

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:43 AM

************************

Sunday, April 18, 2004

kiriman seorang teman..

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan olih lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
......

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia sia..
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha....

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung air matamu.

ketika ini..dibumi melben..daun mula berguguran..n dingin mula membalut diri...salju yang secara fizik terasa dingin ketika menyentuh kulit kita, pun mungkin terasa hangat di relung kalbu kita... bergantung bagaimana kita merasa reliti salju itu dalam hati kita.lihat sahaja bukti terdahulu..api yang secara fizik terasa panas oleh kulit kita, terasa dingin dan menyelamatkan bagi Ibrahim alaihissalam dengan izin Tuhannya (QS 21:69, QS. 29:24, QS. 37:97)...
semoga seperti mana daun yg berguguran...dan dingin yg mula mencengkam...semoga pula Ia sucikan kalbu kita dari tirai nafsu dan syahwat dengan cinta suci-Nya, Nabi dan kekasih-kekasih-Nya, dan Ia sirami kalbu kita dengan Hikmah dari samudera Cinta Kasih-Nya.hingga, tak ada yang nampak dalam mata hati kita, melainkan Samudera Keesaan Nya...

Ya Rabb...
cucilah hati ini
dengan siraman hujan, embun, dan salju
musim ini
seperti telah Kau siramkan mereka ke muka bumi
di hari ini.
..

Selama beberapa hari terakhir angin bertiup lumayan kencang. Dedaunan beterbangan, pohon nan besar dan tinggi melambai-lambai...;)..yelah tue...!

dlm kehidupan..kita perlu memilih..dr sekecik2 perkara hinggalah sebesar2 perkara..
memilih untuk masak apa breakfeast..
memilih untuk ke CS atau boxhill?..;)
Memilih kata-kata saat akan menulis blog..
Memilih teman dalam bekerja...
Memilih apakah akan bersabar saat menghadapi masalah.
Memilih akankah tetap bersyukur saat rezeki berlimpah.
Memilih calon pasangan hidup....
Memilih partai politik saat Pemilu.
Atau... memilih untuk tidak memilih.?

bicara 2 teman..
: Hmm, memilih di antara pilihan baik dan pilihan buruk itu sungguh mudah. Tapi bagaimana kalau harus memilih antara dua pilihan yang sama baiknya?
- : La, bukannya itu lebih mudah? Apapun yang kamu pilih, hasilnya pasti baik kan?
+ : Ya... tentu. Tapi, saya akan kehilangan salah satu dari pilihan-pilihan baik tersebut.
- : Kehilangan?? Bukankah pada dasarnya, kedua pilihan itu hanya milikNya? Jadi, kamu tidak akan pernah kehilangan sesuatu yang benar-benar tidak kamu miliki..

selalulah meluruskan niat dalam membuat pilihan....agar pilihan itu diambil hanya untuk mencari ridhaNya...agar pilihan itu boleh dipertanggungjawabkan di Hari Akhirat nanti...

p/s:merasa kesepian di tengah keramaian manusia, ketenangan dalam bersendirian..



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:12 AM

************************

Friday, April 09, 2004

khabar dari kejauhan..

sukarnya mencari kata-kata setelah lama membisu seribu bahasa..bukan memencilkan diri..atau berniat menjauhkan hati..atau melarikan diri..cuma mungkin..mencari ruang waktu..muhasabah diri... mungkin mencari formular..bagaimana mahu pertingkatkan diri...andai diriku jadi seperti dia..dia seorang pejuang.. Dia bercakap utk dakwah, berjalan kerana dakwah, hidupnya adalah utk dakwah, kerana dakwah n bersama dengan dakwah....
alhamdulillah, terima busyra dr malaysia..terlalu banyak ibrah yg boleh diambil..sungguh..buatlah sesuatu dgn yakin pada Allah...in tansurullah yansurukum..memang terlalu terperanjat sbb tak boleh buat..;(..satu subject tue..nak exam..pergi johor lagi tue..then balik2 ajar org wp tak baca utk diri sendiri lagi..then..betul2 tak boleh jawab masa exam..tp result betul2 di luar jangkaan.. sungguh..banyak perkara yg Allah nak tunjuk pada ana..yakinlah kita pada Allah!
yakin kepada Allah merupakan tiang seri yg diatasnya tertegak da'wah. terbinanya suatu kebangkitan n terciptanya kejayaan..
sesungguhnya yakin kepada Allah menjadikanku tenang menerima apa saja ketentuan Allah kepadaku..n yakin apa yg ditentukan oleh Allah adalah yg terbaik utkku..sekalipun pada zahirnya nampak tidak baik.. terpikir banyak perkara sejak akhir2 nie..betulkah keputusan yg ku ambil?..tak menyesalkah?..entahlah... redhalah apa terjadi... semoga tabah hati n tetap hati..ameen..
semoga kita semua yakin pd Allah..yakin pada janji Allah...

alhamdulillah, berjaya abiskan satu buku hari nie..time cuti nielah nak baca berkotak2 buku arab yg dibeli..kalau tak, tersusun je..tanpa disentuh..:)..berjaya abiskan..risalah ila akhi fillah..baca on d way ke adelaide sambil bercerita pada ija n baieyah..;)..tulisannya terlalu menyentuh hati...page pertama..
dah tertulis...buku ini ditujukan kepada mereka2..yg hatinya berkumpul kerana kasih sayang pd Allah..yg terikat krn tauhidNya..n kerana ketaatanNya..yg berjanji utk berusaha kearah kemenangan syariatNya..kepada semua saudaranya diseluruh negara...kepada merekalah ditujukan buku ini..surat cinta ini..yg tak tersenarai..tidak ditujukan..sgt best!.. rasa berkobar2 nak terjemah..sabar2..finance dulu..;)
banyak cerita pasal kasih sayang kerana Allah..pertemuan n perpisahan...mengenang perpisahan yg bakal tiba memang terasa memilukan hati karena kita tak pernah tahu bila kita dpt bertemu kembali dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu kita pada jalan ini.... Ketika ini terkenang satu demi satu wajah-wajah itu, rekahan senyum di wajah manis mereka, mudahnya tangan mereka dalam menolong, tawa dan canda mereka, lazatnya masakan mereka, keseriusan mereka mendengar......kerinduan pun bersemi di kalbu ini.

Sungguh Maha Benar Allah yang telah berfirman
.....Walaupun kamu membelanjakan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana [QS. Al Anfaal 8:63].
Ada pertemuan, pasti ada perpisahan, nampaknya ana pun mesti menyiapkan diri untuk menghadapi kepiluan hati itu, sekian kali lagi, atau puluhan kali lagi, atau ratusan... ribuan kali lagi...setiap kali perpisahan itu mesti terjadi. Hanya Ia yang tahu...

p/s..oh tuhanku kau pimpinlah diri ini..yg mendamba cintaMu..
aku lemah..aku jahil..tanpa pimpinanMu

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:44 AM

************************

Tuesday, April 06, 2004

Jangan ragu jangan takut hadapi rintangan
Pacu langkah rapatkan shafmu di medan juang
Luruskan niat hanya Allah satu tujuan
Luruskan niat hanya Allah satu tujuan...


(Nasyid "Hari Berjuang" dari Ar Ruhul Jadid)

semoga hari-hari yg mendatang ..kembali bersinar..
pada mereka yg kecewa..usah berduka..serahkan segalanya pada yg Esa..
pada mereka yg mengharap..usah dinanti..sesungguhya yg kekal..Hanyalah RABBUL izzati..
pada yg bermuram durja..usaplah air matamu agar dirimu kan tersenyum lagi..
buanglah..segala ceritera lama..
kita selak kembali lembar kehidupan dengan roh baru..
kita jejak kembali seerah perjuangan para nabi..
kita turuti langkah para pejuang terdahulu..
agar bisa dijadi penguat semangat..
agar dapat dijadi tangkal azimat..
agar dapat dijadi seribu keramat!


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:55 AM

************************

Monday, April 05, 2004

sebuah pertemuan..

pertemuan..
menghadiahkan kita kasih sayang..
jika cinta satu pasti bertemu

kita berpisah hanya sementara..
kerana pertemuan bukan milik kita ..
jasad n suara berjauhan sentiasa

biar terpisah selalu menderita..
kerana syurga menagih ujian..
sedang neraka dipagari oleh nikmat..


.....................

menuju cinta yg abadi..
pencarian..
kerana di landa dilema..
berada di persimpangan..
cintakan Allah atau manusia...
cinta ILAHI yg abadi..

jika cinta tak berpandu ..
mengikut hawa nafsu..

biar terpisah..
jika itu kehendakMU..
kerana pertemuan n perpisahan ..
miliknya sentiasa..
jangan ada..walau secebis rasa..
perasaan ingin memiliki..

pertemuan n perpisahan bukan milik kita..
bertemu n berpisah hanya miliknya..


akhirnya..kita ditakdirkan bertemu..berakhirlah satu penantian didunia..
semoga kita akan bertemu jua di JANNAH..
krn kita takkan terpisah lagi....
doalah...
semoga bermukimnya ku disini..
membawa sinar baru..
membawa sesuatu..
memberi kesan kepada tempat jatuh bangunnya..kerana tanda seorang mukmin..
akan tingalkan bekas di setiap tempat yg disinggahinya..
ameen...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:31 PM

************************

Ketika seorang teman melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang manis terjadi, kita harus memahatnya diatas batu hati kita agar tidak bisa hilang tertiup angin.

A star has 5 ends. A square has 4 ends. A triangle has 3 ends. A line has 2 ends. But I hope our ukhuwah has no ends.

.....
menyelusuri jalan ini penuh ranjau n duri..
menyelusuri jalan ini tak semudah yang disangka..
menyelusuri jalan ini..tak seindah yg dimata....
sahabat seperjalanan..
apa yg Allah takdirkan utk kita..
itulah yg terbaik utk kita..
Apa yg Allah kata baik, itulah yg baik walau kita tidak meredhainya..
Apa yg Allah kata buruk n hina ..kita rela jauhinya ..kerana tindakan kita..segala yg kita kerjakan..
bukan kerana nafsu..bukan kerana ikut kata hati sendiri saja...
seorang mu'min perlu membuat alignment...iatu meluruskan tindak tanduknya..iradahnya agar selari dgn apa yg dikehendaki oleh Allah..bukan selarikan kehendak Allah dgn apa yg kita nak!..ke guana?...
jangan nanti kehidupannya..segala urusannya hanya bertitik tolak dr hawa nafsu...
manusia diberi hati untuk memilih..bebas utk memilih apa sahaja....business yg global, profesyen yg canggih....zaujah yg anggun.. hartanah yg luas terbentang..atau apa sahaja...tetapi, bukankah disisi Allah ada mahligai yg lebih luas n jannah yg lebih agung....
...dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yg diingini aitu wanita-wanita, anak-anak, harta yg banyak dari emas n perak....imran : 13...sekali lagi manusia bebas memilih...bagaimana tarbiyyah yg diperolehi boleh membantu dirinya memilih n meluruskan iradahnya sesuai dengan ajaran islam...
apabila hati manusia memilih Allah swt..maka pintu hidayah akan terbuka..n nur akan masuk kedalamnya..segala sudut hati akan disinari dgn nuur ilahi..cebisan nuur akan beri kesan yg mendalam pada hati-hati mereka..apabila quran dijadikan rujukan dalam membuat pilihan..maka nafsu n syaitan akan tewas...ada perasaan cemas andai tindakan akan melukai Allah swt..
alquran akan berada disisinya ketika ia susah mahupun senang..berikannya saranan, cadangan, bangkangan, sokongan..berikannya petunjuk tiap masa...

semoga kita semua akan memilih..atas dasar iman..bersandarkan quran..apa yg Allah kata baik..itulah yg baik...!!!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:51 AM

************************

Friday, April 02, 2004



Jalan yg berliku..telah aku lalui..
jua jalan berliku simpang..
aku rebah..
aku tersungkur...



Seorang daie yg benar-benar menekuni bidang dakwahnya...
tiada yg dipikirkan selain dakwahnya..
tiada aktiviti yg dilakukan selain demi dakwahnya....apakah itu jerih payah atau waktunya..
dan selamanya tiada suatu kesibukan yang dapat memalingkan dia dari tugas dakwahnya..
sampai disaat yg paling sukar..
waktu yg sangat sempit ataupun keadaan yg paling rumit..


Kelelahan mereka adalah kerana aktiviti seharian memberi peringatan..
menyampaikan berita gembira..
menghimpun potensi n mendalami pelajaran..
atau tidak tidur malam kerana mengurus kepentingan orang muslim..
Adakalannya kerana ketekunan mereka belajar..
Dilain waktunya sibuk merancang n merencana....


Janganlah kamu merasa kecil diri, lalu kamu samakan dirimu dengan orang lain, atau kamu tempuh dalam dakwahmu jalan yang bukan jalan kaum mukminin, atau kamu bandingkan dakwahmu yang cahayanya diambil dari cahaya Allah..dan manhajnya diserap dari sunnah rasul-Nya, dengan dakwah-dakwah lainnya yang terbentuk oleh berbagai kepentingan lalu bubar begitu sahaja dengan berlalunya waktu dan terjadinya berbagai peristiwa..



-diedit dari raqaiq-



Dari barisan usrah..
Dan dan dari umbi tarbiyyah..
Muncullah sinaran fikrah..
Islah terus meniti masa..


Dari dewan selesa..
Kejalanan yang berhaba..
Pejuang keadilan ..
Dan penjulang kebenaran..


Bersama..islam membina ummah..
Usaha daulah n syariah..
Agar hidup terus barakah..


Didalam..sedih n ketawa..
Didalam susah n mewah..
Tetap teguh iman n takwa..


Sehati sejiwa..
Dulu kini selamanya walau apa yg melanda hadapi bersama ..
Ya Allah Ya Rabbi..
Teguhkan iman kami..
Moga tabah hati tak berbelah bagi..


Rasulullah contoh ikutan..
Prinsip syura jadikan amalan..
Korban masa, tenaga kita..
Dan fikiran perkasakan maruah kita...



Lagu ini..
Ceritera ini..
Akan muncul kembali..
Sinarnya kan bercahaya..
Jauh diseberang sana..
Seperti suatu waktu dulu..
Mungkin juga sama..
Cuma plotnya berbeza..


Lagu ini..
Ada cerita tersendiri..
Punya nostalgia berbeza..
Pada empunya diri..
Pada mereka semua..
Pada kita yg menontonnya..


Lagu ini
Tanda dia..seorang pejuang agama..
Sedar amanahnya..
Sedar risalah yg dipikulnya..
Sedar tugasnya...
sedar himmahnya..


Lantas..
Lagu ini juga menceritakan..
Dia...akan kembali..
Dia akan melangkah..
Dia akan ke hadapan..
Dia akan teruskan..
Biarpun bertatih..
Biarpun merintih..
Biarpun terhalang..
Biarpun sengsara..
Biar segalanya..

Kerana matlamatnya..disana..
Ada sesuatu menantinya..
Ada tugas mulia ..teman rapatnya..
Ada sesuatu menyenangkannya..


Sejak hari pertama..dia diajar...
Kami selalu membangun n pantang menyerah..kami pasti akan mati tapi kami pantang terhina..
Di dalam hatiku selalu terdengar suara Nabi yang memerintahkan... Berjihadlah, berjuanglah n lelahkanlah dirimu..
Kami punya tangan n mau bekerja..kami punya hari esok n harapan..


Semoga dia akan terus bekerja..terus menjadi seorang pejuang...pejuang islam sejati.. pejuang dalam ertikata sebenar-benarnya..

Pejuang islam sejati...
tidak mungkin bagi mereka jika mereka tidak bersegera untuk mendapatkan kesenangan akhirat..
tidak mungkin juga mereka lebih mementingkan kepentingan sendiri daripada keperluan-keperluan dakwahnya..
kerana itu..tidaklah sekali-kali mereka merasa kehausan, kelelahan diseliputi dengan debu di jalan Allah...
tidak pula merka pergi ke satu tempat untuk menyampaikan dakwahnya melainkan dicatatkan bagi mereka pahala lebih baik dari apa yg mereka kerjakan..


semoga para pejuang islam di mana jua berada akan terus bekerja..dakwah n tarbiyyah!
Sayonara jahiliyyah... kegelapan itu akan berlalu... bagai daun-daun kering di musim luruh...!!

Dari tanah pohonan tinggi mencabang
Merimbun dedaun menghias dahanan
Daun menguning berguguran
Ke tanah jua ia kembali
Itu iktibar hidupan manusia
Tinggi gelaran khalifah di dunia
Andai tiada berguguran jahiliyah di hati
Kembali ke tanah pun tak kenal Ilahi


Towards A Better Future


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:42 AM

************************

Thursday, April 01, 2004

Pahit getir dan pengorbanan,
Terpaksa dihadapi demi kejayaan,
Terdidik sejak mula gagah berusaha,
Dengan izin ALLAH khalid akan berjaya..
Kini khalid bangkit semula,
Hanyalah selangkah dari nyata,
Keazaman membara dijiwa,
Menanti saat gilang-gemilang
Tiba masa khalid melangkah gagah,
Bersemangat kearah matlamat sedaya upaya, khalid menuju….
Wajar STANDING IN THE EYES OF HIRA
Khalidlah juara gagah dan bersedia
Mengibar bendera..percayalah..
Kali ini khalid juara..


ini lagu khalid..kump hijau..nak sukan sek hira..dulu2 ana group salman..kuning..;)
baguskan semua dinamakan nama pejuang islam..hamzah utk biru..bilal merah..
barulah ada semangat pejuang Islam!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:58 AM

************************