Thursday, July 08, 2010

Kegembiraan Anak2...























** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:48 AM

************************

Friday, January 15, 2010


MARI MERIAHKAN!!!!!




Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

INFO : HTTP://KOBANNA.ISMAWEB.NET

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN

Perseorangan RM50
Pelajar RM20


TENTATIF PROGRAM
08.00 am – 08.30 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
08:30 am – 10:00 am Ucaptama Konvensyen
10:00 am – 10:30 am Rehat
10:30 am – 11:40 am Kertas Kerja I:

'Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agenda' oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:40 am –12:50 pm Kertas Kerja II:

'Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia' oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40 pm – 02:00 pm Solat dan Makan Tengahari
02:00pm – 03:15 pm Kertas Kerja III:

'Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak' oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
03:15 pm – 04:00 pm Pembentangan Resolusi
04:00 pm – 04:30 pm Ucapan Penutupan Konvensyen. Majlis bersurai

InsyaAllah, ISMA Melaka akan mengusahakan penghantaran rombongan pada hari tersebut. Kepada pembaca yang tinggal di sekitar Melaka dan berminat untuk turut bersama, bolehlah menghubungi penganjur seperti di bawah

* Saudara Zulkipli – 013-6001722
* Saudara Khair – 013-3930221

Diharap Konvensyen sebegini mampu menaikkan kembali kefahaman bangsa Melayu Muslim khususnya terhadap agenda memajukan ummah. Sila layari laman sesawang http://kobanna.ismaweb.net untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut.

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:31 AM

************************

Wednesday, December 02, 2009

MUSIM WALIMAH TIBA LAGI










barakallahu lakuma wa barak 'alaikuma pada semua acik2 yang akan melangkah ke fasa 2 dalam membina maratib amal yang seterusnya. ampun n maaf kiranya kami tidak dapat hadir memenuhi jemputan walimah antum, selalunya kami tak pernah ketingalan meraikan hari kegembiraan antum..tentunya kerana kami juga amat gembira ;-), namun apakan daya summer kali ini menyaksikan abu wafa' shut down..(org petronas fahamlah) kena keje tiap2 hari..macam dulu2..awal pagi ke tempat kerja..lewat tgh malam baru balik..tiap2 hari kerja termasuk sabtu ahad..krismas juga hinggalah bulan 1..atau bulan 2..sob..sob..mana yg ummu wafa mampu pergi insyaAllah akan cuba bersama 2 bodygourd yg tercinta...

jadi kami ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan barakallah n alfun mamruk buat mempelai2 ini...

Akh Faizal & acik pija

Akh Fauzi & acik Huda

Akh Hamzah & acik Ummu(akhirnya alhamdulillah..;-)

Akh Aizad & ukht Amalina

Akh Muslim & Izzati (sian adik dia sorang tue kat UK tak balik ke..;-)

Akh Syahrul Fitri & Rahimah

Akh Shafiq & acik carrie


dan utk acik2..ni sebenarnya cerpen lama tapi dah diedit jadi cerpen baru lah kira..maklumlah skrg agak sibuk nak edit balik semua cerpen2 dan nak hantar pada penerbit biiznillah..doakan semuanya..dan insyaAllah dah ada schedule utk pneghasilan2 cerpen baru start nxt year


MENCARI MARWAN SYAHEED (rindu pada dia..moga dia menjadi saham ummi dan abi ke syurga)


Langkahnya diatur satu persatu, lemah dan tidak berdaya sambil mata menerjah ruang cafe, mencari kerusi untuk melepaskan lelah. Mushaf peneman setia masih belum disentuh.entah kenapa, fikirannya jauh melayang akan peristiwa semalam.

'Enti setuju? Sudah bersediakah?' lembut Wafa' bertanya. Wajah Syifa yang tersipu malu ditatapnya sungguh-sungguh.

'Betul ni?', tanya Wafa' lagi, sekadar mendapat kepastian.

'Kenapa ukhti? Kan enti juga yang sampaikan lamarannya?', Syifa sedikit kaget melihat wajah Wafa' yang sedikit berkerut.

'ya benar, cuma ana sampaikan amanah akh miqdad. Katanya dia sudah bersedia untuk mendirikan baitul muslim...dan dia memang menginginkan enti sebagai suri hidup...cuma...

'Cuma apa, ukhti Wafa'?'

'Tak mengapalah kalo enti sudah mantap keputusan setelah istikharah. Terserahlah pada ukhti...', kata Wafa' sedikit mengeluh. Dia pasrah.

.....................


Paaap!

'Aduh!', sakit bahunya ditepuk.

'Mengelamun ye kakak kita!'

Balqis tiba-tiba muncul di sebelahnya. Tersengih macam kerang busuk.

'Eh, ni kenapa tak minum lagi jus epal ni...fikir apa?', tanya Balqis kehairanan.
Wafa' melepaskan satu keluhan berat. Entah mengapa berat hatinya untuk menerima keputusan Syifa dan Miqdad. Sungguh, bukan dia cemburu. Cuma, sedikit kecewa.

'Kakak mengeluh ni kenapa...tak baik tau mengeluh...ceritalah pada Balqis, mana tahu Balqis boleh tolong', Balqis menasihatinya.

'takdalah..akh miqdad.....' Wafa' mematikan kalamnya, tidak berniat memanjangkan cerita.

'Kenapa akh miqdad?' perasaan ingin tahu Balqis memuncak

'erm...tak pelah..jom balik!'

'alaaaaa..kakak ni cakap tak habis...jus pon tak minum lagi' balas Balqis, agak kecewa dengan jawapan Wafa'.

'Dah minum sikit tadi...'

'Ala ceritalah…' pinta Balqis, benar-benar ingin tahu apa yang bermain di hati rafiq akrabnya..

'Ok lah..jom pergi kat sana..privacy sikit' Wafa' mengalah, terus menghabiskan minumannya. Sedikit gelojoh.

'Eh ..bayar dulu cik akak!' pesan Balqis
'Alamak..lupa! Terima kasih tolong ingatkan, 'jawab Wafa' sambil tersenyum


Mereka berpimpin jalan menuju sebuah gazebo di tepi café. Telah lama mereka bersahabat sejak hari pertama Wafa' mengajar di situ, Sekolah Bukit Serindit.
Disinilah dia mula mengenali Balqis, mula mengenali tarbiyyah, mula bersama dalam program-program peningkatan diri. Dengan izin-Nya jua, Wafa’ bertemu jodoh dengan akh Fateh dan mula terlibat dalam usaha mencari jodoh untuk adik-adik didalam tarbiyahnya... dan akhirnya membawanya ke dalam masalah yang acapkali bermain di fikirannya akhir-akhir ini.


Pada Balqis, Wafa' sering berkongsi cerita dan perihal adik-adik ini. Balqis dan Wafa' sama-sama di dalam Lujnah Bait Muslim dan Wafa' sedar, masalah Baitul Muslim merupakan soal yang cukup berat dan boleh menjadi fitnah sekiranya tidak kena waktunya.


'Ok, boleh mula cerita', pinta Balqis bersungguh. Tidak sabar kawannya nan seorang itu.

'Erm akh Miqdad melamar ukht syifa...' perlahan Wafa' memulakan cerita..

'Ok, jadi.....kenapa dengan mereka?' pintas Balqis, masih tidak faham akan isu sebenar yg memberatkan kepala sahabatnya.


'Bukankah lebih baik akh miqdad memilih ukt yg lebih membutuhkan pernikahan dan sudah sabar menanti begitu lama..'

'Seperti?'

'Fidaa' misalnya...usia Fidaa' kan sebaya dengan kita , 27 tahun atau Kak Widad misalnya, telah memcecah 30-an Januari lepas. Cuba lah enti bayangkan, kalau lah semua ikhwah kita berkira soal umur, inginkan ukht yang 'nasyat' tetapi 5 tahun lebih muda, siapakah yang akan meminang ukht yang telah berumur, kurang dari segi fiziknya tetapi sangat mantap akhlak dan agamanya....Siapakah nanti yang akan menyelamatkan mereka?' Wafa' mula mengeraskan suaranya tanda kurang berpuas hati.

Balqis mengangguk, tanda mengiyakan temannya itu


'eh, Syifa' umur berapa ye?' soal Balqis lagi.

'baru 19....' nada Wafa' berbaur kecewa

'Owh, mudanya!' Balqis sedikit terperanjat. 'Sudah bersediakah? Parents Syifa' tidak ada halangan ke dengan keputusan dia?'

'Syifa' baru nak masuk second year ambil qiraat..semester 3..ada lagi 5 semester... tapi katanya dah bersedia untuk menerima akh Miqdad.

'Bila akh miqdad bagitahu dia mahu melamar ukt syifa?'

'Semalam..'

Serta merta Wafa' teringat perbualan akh Miqdad bersama zaujnya semalam. cukup menjengkelkan...

Astaghfirullah... moga dia tidak terus tenggelam dalam emosinya.
Setahunya akh Miqdad berkunjung ke teratak mereka semalam hanya untuk menyampaikan hasratnya yang satu itu. Menurut zaujnya, akh Miqdad yang berusia 25 tahun baru tamat pengajiannya di Universiti Multimedia.


'Enta biar benar syeikh..muda sangat lagi dia..baru sahaja berjinak-jinak dengan tarbiyah. Masa enta nampak dia tue lah program pertama dia hadir..sebelum ni tak pernah lagi..enta kena ingat menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan kita sebagai seorang lelaki...', bersungguh akh Fateh mengingatkan.


'Afwan syeikh..ana ingat prinsip tu...Perkahwinan merupakan perkara cukup besar dalam rangka ibadah kita kepada Allah dan perhitungan kekuatan dakwah..insyaAllah dengan memilih Syifa' ..ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah..daripada nikah dgn org lain..tp asyik teringatkan dia, nanti susah pula...' akh Miqdad mempertahankankan keputusannya. Nekad.

'Dia juga cerdas..memenuhi kriteria yg ana inginkan...' tambah akh Miqdad lagi.

'Bukan ke kerana dia cantik?' akh Fateh cuba menduga.

'Ala..itu normallah... kita kan lelaki... rasionallah sikit syeikh'

Ingatan Wafa' pada peristiwa semalam terlerai apabila Balqis menyiku lengannya. Wafa' melepaskan keluhan berat.

'Tidaklah''mengecewakan betul, ikhwah seperti Miqdad ternyata masih mengutamakan fizik...Miqdad kan dah lama dalam tarbiyyah.'

Sejujurnya, Wafa' benar-benar kecewa. Bukankah seharusnya ikhwah seperti miqdad adalah mereka yg memilih isteri berdasarkan kualiti agama, bukan fizik semata- mata... mengapa?

'Syifa' kan baik juga' Balqis cuba meredakan kemarahan ukhtinya.

'Tapi kan ada yang lebih baik, lebih perlu, lebih beragama, lebih mantap dakwahnya, takkan di tolak hanya kerana dia berusia dan kurang dari segi rupa dan lanjut usia..2 tahun saja? 'Tegas Wafa' masih tidak bersetuju.

'Soal hati Wafa', manakan boleh dipaksa...' ujar Balqis lambat – lambat.

'Alasan. Huh!' Wafa' masih dengan pendiriannya

'alamak dah dekat pukul 3..janji pukul 2.30 depan gate sekolah. Ya Allah!', Wafa' bingkas bangun terburu – buru sambil mengucap salam pada Balqis dan terus berlari – lari anak menuju ke pagar sekolah. Dia sempat mengerling pada skirn handphonenya. 5 miss calls. Sering telefon tersebut di vibrate hanya kerana tidak mahu kedua orang anaknya terkejut di tengah malam akibat deringan telefon. Ternyata kadang-kadang ia memakan dirinya. Akibatnya, Wafa' selalu terlepas panggilan-panggilan penting.



Dari jauh kelibat kereta zaujnya jelas kelihatan, mana tidaknya kereta hijau zaujnya cukup dikenali. Kereta itulah yang membawa mereka kehulu kehilir mengemudi dan menyertai pelbagai program sejak 8 tahun lalu. Sikit waktu lagi, mungkin tak mampu lagi untuk berjalan jauh. Manakan tidak, sejak 3 bulan kebelakangan ini sudah berapa kali mereka terpaksa berjimat cermat akibat mebayar kos untuk membaiki kereta kesayangan mereka.


'Ah, buruk pon banyak berjasa!' ujar Wafa' dalam hati. Bangga.


Wafa' memperlahankan langkah apabila ternampak kelibat seorang ikhwah berhampiran dengan suaminya. Agak rancak mereka berbual. Wafa' membatu kira-kira 3 meter dari mereka. Sama sekali tidak mahu mengganggu mereka.

'Bila enta nak nikah syeikh..dah habis study dah..sudah punya 'ma'isyah'..kasihan akhawat menunggu...'

sering Wafa' terdengar zaujnya mencucuk ikhwah agar lekas menikah. Bukankah menikah itu jalan terbaik untuk mengelakkan maksiat malah memudahkan perjalanan dakwah.


'Biar dululah, kemampuannya belum ada. Takda puluhan ribu..jangan berangan lah! selamba sahaja akh Zaid membalas.

'uish banyak tu! Enta nak akhawat macam mana?' duga zaujnya

'Iyalah..kalau boleh nak kriteria yg macam aisyah...cantik dan cerdas', jawab akh Zaid

'Tambah macam Khadijah, ada bisnes... bolehlah sara ana sambung belajar lagi... haha! Canda akh Umar

'Iyalah tu. Dua-dua terus lah akh...'tambah akh Fateh menghangatkan suasana.
Mereka tertawa.

'jgn terlalu bnyk kriteria akh...' serius nada akh tariq. Mengingatkan

'Ala syeikh, tenang saja...akhawat kan banyak..mereka tentu tak tolak punya! Haha...'



Bibir Wafa' mencebik. Geram rasanya namun dia simpankan dalam hati. Wafa' segera mengajak suaminya pulang.

Dalam perjalanan pulang, Wafa' mendiamkan diri. Dia agak tertekan dengan perbualan zaujnya bersama ikhwah.


Entah bagaimana dia teringat akh Marwan...subhanallah..ikhwahnya bagus sekali; nasyat, kerja bagus, dan tentunya 'good looking'. Merupakan 'Head Boy' Sekolah dan strait H1 hampir keseluruhan semester sekaligus pelajar terbaik Melbourne Univervisity semasa tempoh pengajiannya. Akh Marwan juga merupakan mas'ul tarbiyyah di kalangan mereka yang mengikuti tarbiyyah di Down Under, belum dikira jawatan-jawatannya di Malaysia sekarang. Pendek kata..akh Marwan memang hebat orangnya dan Wafa' cukup mengaguminya


Ketika akh marwan menikah, Wafa' terdengar banyak akhawat yg patah hati. Wafa' tertanya-tanya seperti apakah zaujah pilihan akh Marwan sampaikan kereta yang dipandu Wafa' hampir terbabas ketika menuju majlis walimah akh Marwan. Semuanya kerana Wafa' terlalu ingin mengetahui, siapakah yang menjadi pilihan akh Marwan.


Sungguh memeranjatkan! Ukht aisyah, zaujah akh marwan tidaklah seperti yang Wafa' bayangkan. Ukht Aisyah tidaklah secantik dan semuda syifa., usianya bahkan 5 tahun lebih tua dari akh marwan. Ukht Aisyah bekerja sebagai guru tadika di depan rumahnya, serta menjadi mas'ulah dalam kalangan belia di kawasan kejiranan mereka.

Aduh..itu yg membuatkan dia menjadi lebih kagum dengan Akh Marwan. Dia memilih ukht Aisyah lebih kerana urusan agama dan dakwah.



'Senyap je isteri abang ni'. teguran zaujnya mematikan sebentar lamunannya

'Fikir apa,' sambung zaujnya lagi..

'Takda apalah. Cuma Wafa' nak tanya..dulu abang pilih Wafa' sebab apa ya?' Wafa' menduga suaminya

'Aik..apasal pulak nak tanya. Kalau jawab, bukan boleh berundur balik pun...' canda zaujnya. Ketawanya memenuhi ruang kereta.

'Ish...Kita tanya elok-elok, dia jawab main-main. Selalu macam ni!', Wafa' mencebik. Mukanya masam mencuka

'Gurau je...kan bagus bergurau..boleh merapatkan kasih sayang', zaujnya mencuit sedikit hidung Wafa'. Wafa' tersenyum.

'Mestilah kerana kesolehan Wafa', kualiti dalaman Wafa'....'

'Bukan ke kerana cantik, atau 'strait 4 flat' atau kerana jawatan-jawatan yang Wafa' sandang?' pintas Wafa'

'Ada la juga..hehe..tapi yang utama tentulah akhlaknya' jawab suaminya tersenyum.

'Kenapa ikhwah memilih sgt?? Wafa' mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
zaujnya melempar senyuman...

'akhawat pun sama...apa kurangnya..ternyata masih ramai yg menilai kerana hitungan manusiawi..gaji tetap misalnya...bukan begitu?' zaujnya pula bermain kata.

'logik la kan...mestilah..nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yg lebih baik butuh dana sekian sekian..urusan sekolah lagi..makanan berzat..keperluan di rumah,permainan anak-anak, tadika yang soleh, apa lagi kalau anaknya banyak.' Wafa'' cuba pertahankan kaumnya..

'ok..iye..faham. Janganlah emo sangat. Dengar dulu ye, Wafa'. Memanglah...cuma sekarang ni kan ramai akhawat qana'ahnya kurang. Cuba Wafa' bezakan antara keinginan dan keperluan? Soal makan contohnya...yang berzat tak semestinya mahal kan?' suaminya menerangkan penuh sabar.
Tekun Wafa' mendengar.

'Dengar-dengar sekarang ramai akhawat dah tak pandai masak ye...jadi bagaimana? Tambah biaya lagila jawabnya...hehe, 'zaujnya terus mengusik, menambahkan masam di wajah Wafa'.

Malam itu. Wafa' termenung lagi. Matanya tak mampu ditutup. Yang pasti, jiwa masih boleh dibentuk, persepsi masih boleh diubah. Wafa' mengharapkan ikhwah yang masih memegang neraca bumi akan menyedari betapa nilai sementara dunia tidak bermakna. Ini semua merupakan persoalan tarbiyah, mungkin jawatannya sahaja 'ikhwah', tetapi mungkin dia belum mengunyah dan menghadam prinsip-prinsip dakwah.

Wafa' terlalu khuatir jika terlalu banyak 'muhajjir Ummu Qais' dalam pasukan daie. Wafa'' mengenangkan jalan dakwah....orang seperti apakah yang akan membentuknya?

Kepada akhawat pula, Wafa' terlalu berharap agar mereka tidak alpa apabila apabila datangnya pinangan ikhwah, kerana pinangan itu merupakan tanggungjawab, bukannya kayu ukur laku atau tidak dirinya.

Dan kepada akhawat yang masih menunggu, dan saban hari kebutuhannya semakin bertambah, dan masih tetap terus thabat dalam iman dan taqwa, pasti Allah sediakan hikmah yang besar untuk mereka!

Wafa' pasti, tarbiyah Allah itu berterusan. Barangsiapa yang senget dalam keputusan awalnya, pasti tidak dapat berjalan dengan lurus selepas itu. Pasti ada sahaja cara yang lembut atau keras teguran Allah.


Entah lah..Wafa' sudah tidak punya jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalanya..yang pasti dia amat meyakini..sukarnya dizaman ini mencari ikhwah seperti akh marwan!!


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:01 AM

************************

Monday, November 23, 2009

Hari – hari dalam hidupku..
Kian perit..kian sukar..

mengapa harus bertanya?
sedang jawapan tersedia ada!
ruang dan waktumu
pasti mencatatkan milik
pada pertanyaan terakhir..

dan akhirnya..
jalan terlalu berliku
untuk tiba di hujung rencana.

akan terus merangka dan terus merencana
walau sukar dan berliku..
melangkah dan bertatih antara titian duka..
antara ranting masalah..
dan duri2 ancaman..
mencantas segala lalang..
mari bersama ..cerahkan jalan ini!!
antara dua kita dijanjikan...

Sudah ada antara kita meredah kerja dakwah berpuluh tahun
Sudah banyak pahit maung dirasai
Sudah banyak pengalaman ditimba
ada yang menjangkau usia tua..
Anak-anak sudah ramai yang meningkat usia remaja
ada yang mencapai usia matang dan dewasa
Malah telah ada yang menimang cahaya mata
Tetapi, semuakah mereka berada dalam saf dakwah?

Pernahkah kita bertanya pada diri
Sudahkah anak-anak terjamin akan mewarisi?.
Ataukah sebenarnya mereka telah jauh sesat diri
Ataukah kita sendiri yang telah menyesal menjadi da'ie
Dan tidak lagi merestui anak mengikut jalan ini
Atau memang ia kecuaian diri

Anak-anak yang telah remaja,
Dulu kamu dikilik ke hulu ke hilir menghadiri program dakwah
Di dalam dan di luar negara
Kamu tidak tahu apa-apa
Tetapi kini kamu telah mampu menilai
Telah kamu tentukan di saf mana kamu berada

Mari kita renungi bersama,
Mari kita insafi semula
Semoga taufik yang maha esa.

dalam diam..tanpa kata..
air mata terbayang..tiada berlinang..
saat air mata jatuh..
ingin kubiarkan..
dan angin yang bertiup..
dari riak kesedihan menuliskan bait kata..

'Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni'am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)'[Muttafaq 'alaih

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:31 AM

************************

Friday, September 25, 2009







EidulFitri 2009






alhamdulillah, kami berempat pulang ke Yan buat kesekian kalinya..walaupun dengan pelbagai dugaan n ujian...(kereta rosak d petronas simpang empat..terpaksa ke pomen..dan buka puasa dgn air yg abu muktaz n kuarga bawa..alhamdulillah)..kemudian singgah d klang pinjam kereta ummu Hafsah..;-)..baru pulang ke kampung..bertolak kira2 jam 2.30 pg...baru 5 minit perjalanan..suasana d lebuhraya seakan berpesta..seolah ada kenduri..di bahu2 jalan penuh dgn kereta..ada yg makan berhidang di lapik dgn tikar d tepi highway..tak kurang yg melelap mata di lorong2 kecemasan ...di tgh kesesakan..kereta berhimpit2..tak kurang adegan accident langgar belakang yg biasa berlaku pabila hari hujan..ouhh ngerinya...hampir jam 4 pagi...kami masih tak bergerak ke mana..mungkin hanya setengah jam perjalanan di hari biasa..tak mungkin berhenti sahur..kain rentang di pasang d R & R menandakan kesemuanya penuh dan ditutup! bilik air putus bekalan air di kesemua R& R!!!! huhu..sedangkan manusia berduyun2..nak tak nak masuk juga berbekalkan air di dalam botol..beratur panjang sehingga ke luar..dengan tisu n najis berselerakan..aduhai...suasana yg cukup dasyat..belum hari kiamat!
alhamdulillah setelah 12 jam perjalanan..wafa n miqdad tido n bgn berkali2 (heran kenapa tak sampai2 umah tok) kami tiba dgn selamat biiznillah..bahagianya..


alhamdulillah..1 syawal kali ini disambut dgn meriah sekali..

'Bagi orang yg berpuasa mereka mendapat dua kegembiraan. Satu kegembiraan pada hari menyambut hari raya dan satu kegembiraan pada hari mereka bertemu dengan Tuhan mereka'



1 syawal..kakak genap 4 tahun 20 september 2009..moga menjadi anak solehah pewaris dakwah..rendang ayam..daging masak itam..otak-otak..udang masak kas2..ketam pedas..mee kuah..masak lodeh..ketupat..lemang..nasi impit..huhu segala2nya dimasak oleh kami (hampir 40 org!) beramai2 ..berkawah2 di luar rumah tok..bagaikan kenduri menyambut menantu ..heeh
pagi raya..kakak n adik bagun awal..segak berbaju sedondon hijau menuju ke masjid...moga kemeriahan syawal kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat..terus berjalan2 ke rumah sanak saudara hingga ke petang...esoknya..ke sg petani (oh ya g rumah dr zaki n kak alin) n baling...bermalam d baling..dan esoknya ke kulim..kemudia terus balik ke klang n melaka....moga permusafiran n ziarah mendapat keberkatan...dan sama2 lah kita memperbanyakkan zikir, memperbanyakkan tahlil, tahmid, tasbih kepada Allah SWT sepertimana yg di ajar oleh Rasulullah saw...

و كل عام و أنتم بخير

semoga kita semua akan bermaaf2an dengan tulus kasih..meyebarkan kasih sayang n kemesraan...dan moga tergolong dalam golongan yg mendapat keredhaanNya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:16 AM

************************

Tuesday, August 11, 2009

Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H

16 0gos 2009!!







Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh.. Allahumma balighna Ramadhan.



Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.


InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H tanggal 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Sya'ban 1430 Hijriyah ini bertempat di Masjid Al-Azim.



Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka untuk bersama merasai kerinduan bertandangnya bulan mulia ini disamping memberikan peluang para hadirin mendengar perkongsian ilmu juga melangsaikan segala kemusykilan yang sekian lama bersarang di lubuk hati berkisar perihal Ramadhan.


Justeru, menjadi harapan agar sidang pembaca budiman dapatlah kiranya menghebahkan di laman masing-masing dengan meletakkan poster ini. Hanya pada Allah kita mengharapkan ganjaran, insyaAllah. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada:


AIZAT | 013 – 2197270
AIZAM | 013 – 6285880
AFFIZA | 013 – 2188564


Semoga usaha yang sedikit ini mampu membakar semangat berlumba-lumba mengejar kebaikan dalam bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat.


Diusahakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:59 AM

************************

Wednesday, July 22, 2009

salam 'alaik..semoga Allah terus memelihara kita semua...

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa..banyak perkara yg berlaku yang kesemuanya punya hikmah tersendiri buat bekal untuk kita terus melalui jalan ini.. setulus kasih yang didambai diperolehi..menyentap nostalgia yang seakan baru berlalu semalam....


Alhamdulillah kerana Allah masih memelihara kita tetap atas jalan ini dalam masa yg sama beribu lautan manusia hanyut dalam khayalan mereka tersendiri..walau dugaan n cabaran silih berganti..tergigit lidah..terhantuk kata..hampir terangkat suara..aduh..kesemuanya pengalaman berharga...demi cinta kita melalui jalan ini..

ya...kerana cinta teranyamlah buih-buih di laut tanpa menodai keaslian pantai itu....
dan kerana cinta juga..kita tetap berdiri disini..dan tidak mempedulikan perbezaan jasadi yg lahir atas ijtihadi manusia..dan kerana cinta..tidak membezakan cop n jenama yang kadang nampak sama walau jelas berbeza tak serupa..

sesekali...kita akan mudah terusik..apabila ada yang mengungkit...bukan laut namanya andai airnya tidak berombak dan bukan kasih namanya andai perasaan tidak terluka.. lumrahnya kita disini dan terus melalui jalan ini....agar dengan cinta ini..tidak gugur dari perjuangan..prinsip tidak menjadi larut dan cair. Moga tidak seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Agar ia seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya...

untuk adik2 ku n akhawat semua..dan untuk mereka yang banyak berjasa pada diri ini..terima kasih dengan cinta yang pernah singgah disini..walau hadirnya cuma sebentar..namun kasihnya tetap berpanjangan n mengalir bersama darah n nadi mewarnai perjuangan suci kita ini...

Allahumaa innaka ta'lamu annahazihil qulub..
qadijtama'at ala mahabbatik...

fawathiqillahumma rabitataha...
ila akhiril ayah...

umm wafa'
sg udang, Melaka

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:59 AM

************************